Personal Data Protection Act
Kinta EcoCity Sdn Bhd (58562-M)
Meru Valley Resort Berhad (137970-D)
Kinta Properties Sdn Bhd (8856-P)
Kay Development Sdn Bhd (186589-H)

 

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
Data Peribadi & Notis Informasi


Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 adalah satu Akta untuk menyelaraskan pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial. Notis ini akan di keluarkan kepada semua
pelanggan/bakal pelanggan selaras dengan Akta.

Sewaktu anda berurusan dengan syarikat-syarikat di bawah Kinta Properties Group, kami akan meminta informasi untuk membolehkan kami menghantar notis, informasi produk
dan/atau servis yang berkaitan dengan bisnes kami. Hal ini adalah harus demi proses bisnes, perancangan untuk projek akan datang, pelancaran, pemasaran dan juga profil
pelanggan.

Apabila anda mendaftar dengan kami sebagai pembeli hartanah anda dikehendaki membekalkan nama, butir-butir mengenai dokumen identiti (termasuk No. Kad pengenalan
atau No. Pasport), No telefon rumah atau bimbit, e-mel, butir-butir pendapatan , pekerjaan , kewarganegaraan, cara pembayaran , alamat persendirian dan/atau alamat bisnes.

Kegagalan memberi data peribadi akan mengakibatkan kami tidak berupaya menyempurnakan proses menghantar informasi produk dan/atau servis , memaklumkan
anda mengenai produk terbaru dan/atau pelancaran dan juga menjejaskan keupayaan pihak-pihak berkenanaan menyempurnakan Perjanjian Jual Beli berhubung dengan
penjualan hartanah.

Data Peribadi yang anda berikan pada kami akan disimpan secara sulit dan anda memberikan kebenaran serta kuasa untuk mengekalkan, memberikan dan mendedahkan
data peribadi anda kepada pihak-pihak yang berikut bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas:

• Pihak-pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan pemprosesan data dan kontrak terikat untuk cukup melindungi maklumat peribadi anda
• Sesiapa yang bertanggungjawab untuk menjaga rahsia data, dimana syarikat itu telah melibatkan diri untuk memenuhi kewajipannya kepada anda.
• Juruaudit, perunding, peguam dan pegawai bank kami.
• Syarikat-syarikat yang didalam kumpulan, seperti anak syarikat lain, syarikat yang berkaitan dan syarikat bersekutu.

Jika anda ingin berhubung dengan kami atau meminta akses kepada data peribadi untuk pindaan, bantahan terhadap penggunaan data peribadi anda atau ingin menarik balik
persetujuan anda, sila menulis kepada alamat dinyatakan di bawah. Permohonan akses data adalah tertakluk kepada yuran yang akan dibayar mengikut Akta. Kami berhak menolak untuk memproses permintaan yang tidak serius dan tidak praktikal.

Semua permintaan bertulis boleh ditujukan kepada :

Sales & Marketing Department
No 2, Jalan Sri Klebang A/12
Bandar Baru Sri Klebang,
31200,Ipoh.
Alamat E-mel : pdp@kintaproperties.com
No. Fax : 05 – 291 7333